Wednesday, November 10, 2010

Bubur Kacang


Bahan-bahan :

1. Kacang hijau - 250gm
2. Air - 1 liter
3. Gula Melaka / Nissan - satu kerek kecik atau 1 inci tebal dr gula melaka yg dijual bentuk ketulan bulat
4. Gula Pasir - 1 senduk
5. Daun Pandan
6. Santan - setengah biji kelapa/ 1 paket santan segera debu

Cara-cara :

1. Basuh kacang hijau, kemudian masukkan kacang hijau dan air ke dalam periuk, reneh dengan api perlahan/sederhana sehingga kacang 4/5 empuk. Tambahkan air jika, kacang belum empuk benar.
2. Bila kacang sudah 4/5 empuk, masukkan santan.
3. Reneh sampai mendidih santan smabil kacau dengan perlahan.
4. Bila mendidih, masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
5. Masak sampai mendidih.
6. Siap
7. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais uutk dihidnag sejuk (ni cara abah dan i like it very muchhh)

Daging Goreng Kunyit


Bahan - bahan :

1. Daging 300gm - potong (1.5" panjang x 2 cm lebar, 1 cm tebal)
2. Kunyit serbuk - 1 sudu kecik
3. Garam - 1/2 sudu kecik @ secukup rasa
4. Bawang Besar holland - 2 labu - potong bulat
5. cili merah - 2 tangkai - hiris menyerong
6. Minyak utk menggoreng - 3 sudu besar

Cara - cara
1. Gaul Gading, kunyit dan garam sampai rata.
2. Masukkan ke dalam kuali, panaskan dengan api perlahan sehingga air daging kering ( pastikan air cukup mengempukkan daging)
3. Bila air kering, masukkan minyak utk menggoreng ke dalam kuali yg sama.
4. Bila minyak panas, goreng daging sekejap
5. Masukkan bawang besar dan cili.
6. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
7. Bila masak. toskan minyak sebelum dihidang
8. Siap

Singgang Daging


Bahan - bahan :

1. Daging - 250gm - potong nipis dan kecik (1" x 2 cm)
2. Bawang merah - 5 ulas - mayam
3. Lengkuas - 1 inci - potong
4. Ketumbar - 1 sudu besar (letak terus/ketuk sedikit)
5. Asam keping - 2 kpg
6. Air - 300 -400ml
7. Garam secukup rasa

Cara :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, reneh dengan api perlahan sampai mendidih sehingga daging empuk. Kemudian masukkan garam, reneh lagi selama 5-10 minit. Siap untuk dihidangkan.

Friday, November 5, 2010

Nasi Ayam Rumah Kaler Oren




Nasi :
1. Beras - 3 cawan -bersihkan dan ditoskan
2. Bawang besar - 1 labu - potong bulat
3. Halia - 3 inci - ketuk
4. Mentega - 2 sudu besar

Sup :
1. Ayam - seekor - 1 1/2 kilo
2. Bawang Besar - 2 labu - potong bulat
3. Halia - 3 inci - ketuk
4. Bunjut Sup - 2
5. Air - 10 cawan (6 utk nasi ayam - ikut sukatan beras anda & ikut kesesuaian beras)
6. Garam - sesedap rasa
7. Daun Bawang & Daun sup - hiasan

Ayam Goreng
1. Kicap Manis
2. Kicap Masin
3. Ayam yang telah direneh

Air Lada
1. Bawang Putih - 3 ulas
2. Cili Merah - 5 tangkai
3. Cili Padi - 2 tangkai (ikut tahap kepedasan yg dikehendaki)

Kicap
1. Lebihan Kicap yang telah diperam dengan ayam
2. Daun Sup & Daun Bawang

Salad
1. Timun
2. Tomato
3. Daun Salad

Cara - cara :

1. Reneh Sup, masukkan semua bahan kecuali garam dan daun untuk hiasan.
2. Bila sup mendidih, panaskan periuk untuk menggoreng nasi.
3. Masukkan mentega ke dalam periuk, tumiskan bawang dan halia sehingga naik bau.
4. Masukkan beras yang sudah dibersihkan, tumis sekali dengan bawang dan halia.
5. Bila beras, halia dan bawang telah naik bau, masukkan kuah sup ikut sukatan beras (2 kali sukatan berasa dlm kes beras yg saya guna)
6. Kacau seketika, alihkan periuk ke periuk elektrik dan masak seperti biasa.
7. Keluarkan ayam sup dr periuk sup.
8. Tuangkan campuran kicap masin dan kicap manis ikut sukatan yang dikehendaki, pastikan semua ayam diperap dengan sekata.
9. Biarkan seketika ayam di dalam kicap.
10. Sementara itu, masukkan garam ke dalam sup, apabila sup mendidih, tutup api.
11. Alihkan kicap yang berlebihan ke dalam mangkuk lain.
12. Goreng ayam kicap dengan api yang sederhana, tidak perlu menggoreng lama kerana ayam sebenarnya sudah masak, hanya utk mengagaringkan kulitnya beserta kicap.
13. Boleh mengisar cili beserta bawang putih sementara menunggu ayam digoreng.



Friday, October 15, 2010

Welcome

Tetibe rasa nak mengumpul resepi2 dari rumah kaler oren. sebab rasenya banyak makanan yang kami makan orang lain x pernah tengok, dengar atau rasa. Jadi rasa nak kumpul, manalah tahu bila nanti2 dah lupa, boleh rujuk balik.

Rumah Kaler Oren ialah term yang kami guna (me & my precious sisters guna untuk mereferkan rumah kami di kampung.) Rumah kampung yang berwarna oren atau jingga.

Banyak makanan, lauk-lauk mak yang sangat istimewa. Afterall mak's foods will always the best foods cooked ever in our life kan? so inilah antara penyebab untuk mengumpul resepi2 mak.

Daripada lauk-lauk yang sangat simple seperti ikan singgang, daging singgang, sayur air sawi, makanan untuk perayaan seperti rendang mak, lauk untuk tamu datang seperti tomyam. Makanan untuk minum petang seperti sira pisang dan macam2.

Since saya berkahwin dengan orang Negeri Sembilan dan ada unsur2 Melaka jugak, so maybe la nanti akan ade selitan lauk-lauk daripada koleksi sana juga.

So selamat menjamu mata dan mencuba.